Saturday, 9 April 2011
Sifat Rasulullah s.a.w
Adalah Rasulullah SAW itu kelihatan seperti seorang yang selalu bersedih, sentiasa banyak berfikir, tidak pernah beristirehat panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva, kata-katanya penuh mutiara mauti, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, baginda seorang yang lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, sentiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.
Dalam riwayat lain, dikatakan bahawa baginda menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia atau apa-apa yang berkaitan dengannya, tetapi apabila baginda melihat kebenaran itu dihinakan, tiada seorang yang dapat melebihi marahnya, sehingga baginda dapat membela kerananya. Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, dan bila baginda marah baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Begitulah mulianya sifat kekasih Allah yang kita harus contohi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment